Sukan Remaja (SURE) KRJ Zon Tengah (Selangor-KL-N9)

| Date: Wednesday, October 7, 2009 |
Kelab Remaja JIM (KRJ)
akan menganjurkan
Sukan Remaja (SURE) KRJ
Zon Tengah (Selangor-KL-Negeri Sembilan)
pada
31 Oktober 2009 (Sabtu)
jam 8.30 pg - 5.30 ptg
bertempat di
Petaling Jaya (tempat akan dimaklumkan dalam masa terdekat)

Acara sukan yang akan dipertandingkan:
1) Futsal (lelaki)
2) Bola Jaring (Perempuan)

Syarat penyertaan:
1) Pelajar sekolah berumur 12-19 tahun
2) Mendaftar sebagai ahli KRJ

Hubungi krjselangor@gmail.com untuk maklumat lanjut

Pertandingan Menulis Blog Remaja: Ramadhan

| Date: Monday, August 24, 2009 |
Tema: Remaja dan Bulan Ramadhan

Jumlah semua hadiah bernilai RM1000!

Ada hadiah utama, ada hadiah sagu hati, ada juga hadiah penyertaan.

Peserta dikehendaki menulis tentang Remaja dan Bulan Ramadhan.

Boleh jadi kisah diri sendiri, kisah-kisah Malaysia, kisah di luar negara, boleh jadi kupasan dari tema, boleh jadi macam-macam! ! Boleh jadi bukan kisah pun...

Peserta sangat-sangat digalakkan untuk menyertakan grafik dan/atau multimedia yang bersesuaian dalam post tersebut.

Tarikh tutup untuk mendaftar ialah pada 7 Ramadhan tahun ini. (Jumaat, 28 Ogos '09).

Sila daftar nama peserta, nombor kad pengenalannya dan alamat blognya untuk tujuan pendaftaran di sini

Blog peserta akan di-link-kan ke laman web Blogr (akan disiarkan kemudian).

Tarikh tutup untuk menulis ialah pada 21 Ramadhan (11 September '09) tahun ini. Lebih kurang 3 minggu lagi. Kalau dah daftar, boleh tulis terus. Janji sebelum tarikh nih.

Sila serahkan alamat blog post yang ingin dijadikan post penyertaan. Seorang peserta dibenarkan menghantar paling banyak 3 post. Post yang paling baik akan dipilih.

Peserta mestilah remaja (12-19 tahun dan masih bersekolah).

Peserta mestilah berdaftar sebagai ahli KRJ Selangor. Kalau belum lagi, daftarkan dulu. Boleh daftar di sini

Peserta mestilah ada blog.

Penulisan mestilah dalam bahasa melayu/inggeris penuh. Bahasa singkatan tidak dibenarkan.

Contoh:

* Saya mestilah menulis dengan penuh. (diterima)
* Sy mstlh menls dgn pnh. (REJECT!!!)

Pra-pendaftaran Sukan Remaja (SURE) KRJ Zon Tengah (Selangor-KL-N9)

| Date: Tuesday, August 11, 2009 |
Pra-pendaftaran untuk pemilihan mewakili Kelab Remaja JIM (KRJ) Selangor
pada 17-18 Okt '09
Syarat penyertaan:
1) Berumur 12-19 tahun
2) Pelajar sekolah
3) Tinggal atau bersekolah di Selangor
4) Mendaftar sebagai ahli KRJ Selangor. Daftar di http://krj-selangor.blogspot.com
Untuk maklumat lanjut, hubungi krjselangor@gmail.com

Daftar di sini

“Media Meriah Rancakkan Dakwah” - Islamic Media Award Competition 2009 (I-MAC 2009)

| Date: Wednesday, July 1, 2009 |

MAKLUMAT PROGRAM

Nama : Islamic Media Award Competition 2009 (I-MAC 2009)

Tema : “Media Meriah Rancakkan Dakwah”

Tarikh : 30 Mei 2009 – 8 Julai 2009 (40 hari)

Sasaran Peserta : Individu berumur 15 tahun dan ke atas

Penganjur : Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

Pemantau : Jamaah Islah Malaysia (JIM)


OBJEKTIF

1. Menggalakkan penyampaian bahan bermesej dan nilai-nilai murni menggunakan alat media yang pelbagai.

2. Menjadi satu testimoni kepada masyarakat tentang kesungguhan dan iltizam pihak penganjur iaitu KARISMA dalam menyebar luaskan kemurnian ISLAM.

3. Membudayakan budaya menulis yang berorientasikan informasi dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang sedia meminati bidang penulisan.

4. Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dalam kalangan masyarakat untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza menerusi tema-tema yang disediakan penganjur.

5. Mengenalpasti individu-individu yang berbakat dan berpotensi dalam bidang penulisan, fotografi, dan multimedia agar mereka berterusan menyampaikan dakwah serta nilai-nilai murni kepada masyarakat.


TEMA PERTANDINGAN

1. Adat dan Tradisi (Custom and Heritage)

2. Malaysia yang kuimpikan (My Dream Malaysia)

3. Kehidupan Pelajar (Student Life)

4. Alam (Nature)

5. Islam itu kebanggaanku (Proud to be a Muslim )

6. Di bawah naungan Al-Quran (In the Shade of the Quran)

7. Manisnya Dakwah (The Beauty of Doing Dakwah)

8. Fikrah Islam Dominan Alam Kampus

*Penyertaan adalah dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

MAKLUMAT LANJUT

CAKNe PPUKM - Tawaran menjadi sukarelawan

| Date: Tuesday, May 26, 2009 |
1. Salam

Saya yang terlibat secara tidak langsung pertemuan Pemain Bolasepak Selangor bagi memenuhi hasrat pesakit kritikal merasa amat terharu apabila diberitahu bahawa Pemain Selangor pada malam itu bangkit dari kekalahan pada separuh masa pertama dengan jaringan 0 -1 kepada pasukan Kedah adalah kerana ingin menghadiahkan kemenangan kepada Hazim, Rohaizad dan Islah yang menonton mereka bermain pada malam itu . Tiga jaringan gol yang mereka perolehi pada perlawanan antara Selangor dan Kedah pada malam itu adalah hasil jaringan dari Hazim. Rohaizad dan Islah (Kak Chik). Saya rasa dengan keikhlasan mereka ini lah pasukan Selangor duduk di tangga teratas Liga Super buat masa ini
2. Syukur alhamdulillah. .

Senyuman & gelak ketawa Hazim, Rohaizad & Kak Chik pada malam itu ialah penyuntik semangat :)

InsyaAllah, there are many things/plan in my mind in related to adik-adik semua. Will put here from time to time :)

Ward visit semlm ada lebih kurang 8 orang. This time, saya dah improve sikit , hehe.. as i brought my camera along to capture the sweet faces. Saya akan update the excel file insyaAllah tonite, and please update based on saya punya ye.

p/s had fun playing Play Station dgn Adik Fizani... but as expected , saya kalah, huhu.

thanks,
davina

Salam,

Di atas adalah catatan 2 orang sukarelawan CAKNe PPUKM yang baru-baru ini mengaturkan pertemuan adik Hazim (Rohaizad dan Kak Cik aka Nurul Islah juga merupakan pesakit cancer) )yang berhasrat untuk bertemu dengan pemain bolasepak Selangor. Daripada catatan ini, tentu ikhwah dan akhawat memahami kegembiraan dan kepuasan sukarelawan ini melakukan kerja yang tidak dibayar gaji ini.
Di sini, saya ingin membuka peluang menjadi sukarelawan kepada yang mungkin sedang bercuti semester atau sudah bekerja atau masih bersekolah untuk belajar menjadi sukarelawan. Cik Davina merupakan sukarelawan berpengalaman yang boleh membantu memberi tunjuk ajar. Sekurang-kurangnya, anak-anak kita ada melakukan kerja-kerja berfaedah dan mulia di waktu lapang mereka.

Sekadar membuka ruang berdakwah dengan approach berlainan...

Sekiranya berminat, sila hubungi saya!


Salina Awaludin
Ko-ordinator CAKNe PPUKM
019-333 1000

Hi Tea KRJ

| Date: |
Yesssss... Cuti skolah kembali lagi.... Sebagai pembukaan, Kelab Remaja JIM Ampang Jaya akan menganjurkan satu program yang best lagi melelehkan air liur iaitu....


Hi Tea KRJ

Tarikh : 31 Mei 2009
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Komuniti JIM (PKJ)

Apa yang best sangat program tu.... ?

O ok... agenda seperti di bawah...

2.30 - 3.00 ptg : kehadiran & pendaftaran
3.00 - 3.45 ptg : Perkongsian pengalaman Bro. Joannes Lukas
3.45 - 4.15 ptg : Borak- borak aktiviti Teenetwork AJ
4.15 - 5.00 ptg : Makan-makan

Sila contact ....

Abang Tufayl - 01 662 1543
Kak Pah - 019 280 8329
Makcik Dah - 019 278 2096

Yuran RM3 sahaja..... datang yea....
| Date: Tuesday, April 28, 2009 |
Borang maklumat kemasukan ahli KRJ / pelajar sekolah menengah
ke matriks atau IPT untuk disambut oleh
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

Daftar di sini
 

HTML 1

iluvislam

HTML2

Solatlah Sebelum Kamu Disolatkan

HTML 4

HTML3


Copyright @ 2008 Kelab Remaja JIM (KRJ) Selangor | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top